Berapa Tahunkah Umur Dunia??



Diceritakan ketika Nabi Musa bermunajat kepada  ALLAH S.W.T di bukit Tursina , maka pada saat itu Nabi Musa berkesempatan bertanya kepada ALLAH dengan mengajukan beberape pertanyaan.

Jawap ALLAH : Pertama  aku jadikan adalah Nur-Mhammad. Kemudian KU jadikan Durratul-Baidhoo’ dari Nur-Muhammad. Durratul-Baidhoo’ aku jadikan 70 000 negeri ( planet) di cakrawala.Maka satu planet itu luasnya 70 kali bumi.Tiap-tiap planet itu dijadikan penghuninya 70 000 bukan bangsa jin, manusia dan malaikat.kesemuanya dijadikan dengan kalimah “kun fayakuun” .Mereka beribadat padaku sampai 70 000 tahun..Kemudian, mereka jadi derhaka kepadaku, lalu aku binasakan mereka semuanya.

Kemudian sesudah itu aku jadikan lagi 80 000 negeri ( planet)  yang besarnya Cuma 10 kali bumi.Semuanya berada di cakerawala yang bertingkat-tingkat.Di palnet itu aku ciptakan sebangsa unggas yang memakan tumbuh-tumbuhan dan biji-bijian.Lama-kelamaan unggas-unggas itu pun punah.Kemudian aku jadikan 20 000 makhluk sebangsa manusia dari cahaya secara beransur-ansur lalu punah.

 Kemudian setelah berselang 70 000 tahun sesudah itu, baru aku aku jadikan Qalam,Lauhil-mahfuzh, ‘Arsy, kursi dan malaikat.Selepas 70 000 tahun, baru aku jadikan syurga dan neraka.
 Kemudian setelah itu baru aku jadikan makhluk manusia yang namanya Adam, bukan bapamu Adam yang sekarang ini ,wahai Musa.

 Aku jadikan dia dari awal Adam sampai keturunanya yang terakhir 10 000 tahun lamanya.Setelah itu aku jadikan pula Adam yang lain dengan keturunya terakhir dalam masa 10 000 tahun.
 Demikian seterunya aku jadikan tiap-tiap Adam dan keturunanya dalam masa 10 000 tahun, ganti-berganti, sampai mencapai 10 000 orang Adam.Maka Adam yang sekarang inilah yang ke 10 000.
 Demikianlah keterangan dalam kitab “permulaan dijadikan langit dan bumi” oleh  Syaikh Nuruddin Ali.

 Jika kita renungkan keterangan di atas itu, jelaslah bagi kita bahawa umur dunia ini sudah lama atau tua..
 Cuba saja di kira setiap Adam  yang Tuhan ciptakan sampai anak keturunanya yang terakhir, adalah memakan  waktu sampai 10 000 tahun.Maka berapakah jumlahnya.10 000 x 10 000 = 100 000 000 tahun.

 Untuk memperkuat keterangan  bahawa umur dunia sudah tua.Pernah dicerita oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w tentang pengalaman dan penglihatanya dalam perjalanan isra’ dan Mi’rajnya..Nabi Muhammad s.a.w. melihat ada seorang wanita  memanggil namanya.Wanita  nmpak sudah tua, namun masih nampak cantik rupanya, memakai pakaian yang indah serta penuh perhiasan.

 Lalu Nabi bertanya kepada  Jibril.siapakah gerangan dia, wanita itu?.Jawab Jibril : itulah dunia

sama-sama kita renungkan.....

RUH ORANG YANG MATI DIBERI KESEMPATAN MENGUNJUNGI KUBUR DAN KELUARGANYA


Ruh-ruh orang yang beriman masih diberi kesempatan mengunjungi kuburnya dan ahli keluarganya sampai setahun lamanya.Apabila melebihi 1 tahun dipindahkan ke tempat lain, tempat himpunan ruh-ruh orang mukmin.Hal ini berlaku bagi ruh-ruh orang mukmin sahaja.

 Kata Ibnu Abbas : Apabila hari Raya, hari kebesaran dalam islam, seperti 10 Muharram, hari Jumaat, 1 Rejab, pertengahan bulan Sya'ban dan malam "Lailatul-qadar", ruh-ruh orang mukmin diberikan kesempatan turun ke bumi untuk mengunjungi keluarganya.Apabila ia sampai di rumahnya ia cuma boleh berkata, akan tetapi yang masih hidup tidak dapat mendengarnya.

 "Hai keluargaku,hidupku kini sangat terasing.Meskipun kamu tidak dapat melihat aku tapi aku dapat melihatmu dan medengar perkataanmu.Aku tidak memerlukan makan dan minum daripadamu, akan tetapi yang aku harapkan hanya doamu.Hendaklah kamu ingat pada suatu ketika kamu pasti akan mengalami seperti aku.Pergunakan masa hidupmu untuk beribadat dan beramal soleh, berbuat segala kebaikan, itulah yang sangat bermanfaat pada dirimu.

 Oleh kerana itu, jika melihat anak isterinya rajin beribadat dan tidak lupa mendoakan dia, gembira dia serta mendoa kepada ALLAH untuk keluarganya.Lalu kembalilah dia pada tempatnya dengan rasa puas hati.Namun sebaliknya, jika ia melihat keluarganya tidak beribadat atau melakukan maksiat maka kembalilah dia dengan perasaan kecewa dan sedih.

 Oleh kerana itu keluarga yang masih hidup jangan lupa keluarga yang telah tiada terutamanya bagi anak yang ibubapanya  telah tiada.Rajin-rajinlah mendoakan ibubapa tiap-tiap hari atau selepas solat 5 waktu, sebagaimana doa yang ALLAH ajarkan kepada kita di dalam Al-Quran : "Ya ALLAH, ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka menjaga aku di waktu kecil”.

 Ketahuilah, apabila ibubapa kita telah meninggal dunia, maka segala amal perbuatan kita ditunjuk oleh malaikat kepada ibubapa kita.Jika amal perbuatan yang kita lakukan baik, maka ibubapa kita menerima dengan senang hati dan mendoakan kepada kita.Jika kita melakukan perbuatan kejahatan ibubapa kita akan sedih dan kecewa.Maka berutunglah ibubapa yang mempunyai anak yang soleh dan selalu mendoakan kepada dia.


Sama-sama kita renungkan..

RIWAYAT ASAL KEJADIAN ADAM A.S.

Pada satu ketika ALLAH s.w.t menitahkan Malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya yang akan dijadikan bahan untuk mencipta Adam.Namun ketika sampai kebumi, bumi enggan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, hingga bumi bersumpah demi ALLAH ia tidak rela sebahagian tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana ia kuatir kelak Adam akan jadi derhaka.

 Lalu Malaikat  Jibril kembali kepada ALLAH, ia tidak dapat berbuat apa-apa mendengar sumpahan bumi.Kemudian ALLAH menitah Malaikat Mikail pula turun ke bumi dengan maksud yang sama, namun setelah mendengar perkataan bumi, seperti apa yang dikatakan kepada jibril.Malaikat Mikail pun tidak dapat berbuat apa-apa , kembali kepada ALLAH dengan tangan hampa.

 kemudian ALLAH menitahkan Malaikat Israfil turun ke bumi untuk mengambil tanah.Tetapi Malaikat Israfil pun tidak berdaya mendengar sumpahan bumi, ia kembali kepada ALLAH dengan tangan hampa juga.

 Yang terakhir ALLAH menitahkan Malaikat Izra'il turun ke bumi untuk mengambil tanah.Kata ALLAH "Hai Izra'il engkaulah kini yang aku tugaskan untuk mengambil tanah.Meskipin bumi bersumpah dengan ucapan bagaimana pun jangan engkau mundur.Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu".

 Begitulah setelah Malaikat Izra'il tiba di atas bumi ia berkata : "Hai bumi, ketahuilah kedatanganku ke mari atas perintah ALLAH dan atas nama ALLAH.Jika engkau membantah atas perkejaanku ini, bererti engkau membantah perintah ALLAH, dan tentunya engkau tidak ingin menjadi makhluk yang derhaka kepada ALLAH, bukan??"
 Mendengar perkataan Malaikat Izra'il demikian bumi tidak dapat berkata apa-apa kecuali membiarkan Malaikat Izra'il mengambil tanahnya dengan tidak banyak reaksi apa-apa.Setelah Malaikat Izra'il mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia kepada ALLAH.

 Kata ALLAH : "Ya Izra'il  engkau yang KU tugaskan untuk mengambil tanah dan kemudian hari kelak engkau pula yang aku tugaskan untuk mencabut ruh manusia".Jika demikian hamba kuatir yang hamba ini akan dibenci oleh anak Adam kerana pekerjaan hamba ini, kata Izra'il.

 "Tidak" jawab ALLAH : "Tidak mereka akan memusuhi engkau." Aku yang mengaturnya.Lalu aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian mereka.


 Menurut keterangan para Ulamak bahawa tanah-tanah yang diambil sepeti berikut :


  1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddas.
  2. Tanah Bukit thursina.
  3. Tanah Irak.
  4. Tanah Aden.
  5. Tanah Al-Kautsar.
  6. Tanah tempat bakal berdiri Baitullah.
  7. Tanah paris.
  8. Tanah khurisan.
  9. Tanah (babylon).
  10. Tanah india.
  11. Tanah Syurga Firdaus.
  12. Tanah Tha'if.




Kata Ibnu Abbas :
  1. Kapala Adam dari tanah Baitul Muqaddas, kerana di situlah berada otak dan di situlah tempat akal.
  2. Telinga dan dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
  3. Tulang dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
  4. Dahinya dari tanah Irak, kerana di situ tempat sujud kepada ALLAH.
  5. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecatikan.
  6. Mata dan dari tanah Al-Kautsar, tempat untuk menarik perhatian.
  7. Gigi dari tanah Al-Kautsar tempat memanis-manis.
  8. Tangan kanan dari tanah Ka'bah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
  9. Tangan kiri dari tanah Paris, tempat beristinja.
  10. Perut dari tanah Khurisan, tempat lapar dan haus.
  11. Kemaluan dari tanah babylon, di situ tempat sex (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
  12. Dua kaki dari tanah India tempat berdiri dan berjalan.
  13. Hati dari tanah Syurga Firdaus, kerana di situ tempat iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
  14. Lidah dari tanah Tha'if, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan mendoa kepada ALLah.

Azab Bagi Yang Tidak Sembahyang

5 Seksaan Di Dunia Orang Yang Tidak Sembahyang ialah :
  1. Dicabut berkat umurnya ketika di dunia (hidup susah dan tidak aman damai).
  2. Dihapuskan tanda orang soleh di mukanya (wajahnya tidak ada cahaya atau hilang seri muka).
  3. Doanya tidak dimakbulkan oleh ALLAH.
  4. Setiap amalan kebajikan yang dilakukan tidak di beri pahala oleh ALLAH.
  5. Dia tidak tergolong ke dalam golongan mukmin yang mendapat bahagian daripada doa orang soleh.


3 Seksaan Ketika Hendak Mati :
  1. Mati dalam keadaan hina.
  2. Mati dalam keadaan kelaparan.
  3. Mati dalam keadaan dahaga yang amat sangat, kalau diberi air sebuah lautan sekalipun tidak dapat menghilang dahaga itu.

    3 Seksaan Dalam kubur :
    1. Di sempitkan kubur sehingga hancur tulang rusuknya.
    2. Di nyalakan api di dalam kubur untuknya, maka dia bergelumang di dalam api siang dan malam.
    3. Datang mengigitnya seekor ular yang bernama "SYUJA" matanya dari api neraka dan kukunya daripada besi panas dari neraka, akan mengigitnya setiap ketika sehingga hari kiamat.

      3 Seksaan Semasa keluar Dari kubur Untuk ke Akhirat :
      1. Di beratkan hisab (banyak soal jawab).
      2. Di murkai oleh ALLAH.
      3. Dia di masukan ke dalam neraka.