Adab-Adab Berdoa



Adat-Adat Berdoa Dalam Islam.


1. Dengan merendah diri dan suara yang lembut seperti dijelaskan dalam surah Al-A’raf ayat 55 yang bermaksud “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”

2. Hati sentiasa ingat akan Allah dan berasa yakin doa akan dikabulkan. “Berdoalah kepada Allah dan kamu menyakini untuk dikabulkan, dan ketahuilah olehmu sesungguhnya Allah tidak akan mengabulkan doa yang keluar dari hati yang lupa dan sunyi (dari mengingati Allah).”

3. Dimulai dengan memuji Allah dan membaca selawat kepada Nabi s.a.w. “Bersabda Nabi s.a.w.: Apabila salah seorang daripada kamu sekalian berdoa, maka mulailah dengan membaca Tahmid serta memuji kepada Allah, kemudian membaca selawat kepada Nabi, baru kemudian berdoa dengan apa yang dikehendakinya.”

4. Membaca selawat kepada Nabi di tengah dan akhir doa seperti dinyatakan dalam hadis berikut: “Bersabda Nabi s.a.w.: “Setiap doa terhalang (tidak dikabulkan) sehingga dibacakan atasnya selawat kepada Nabi s.a.w.”

5. Mengakhiri doa dengan mengaminkannya, biarpun hanya berdoa sendirian seperti dinyatakan hadis Abu Hurairah r.a.: “Bersabda Nabi s.a.w: “Apabila salah seorang dari kamu berdoa, maka aminkanlah atas doanya sendiri.”

6. Mengangkat kedua tangan selama berdoa. Hadis Abu Daud: “Bersabda Nabi s.a.w.: “ Sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Hidup, Maha Pemurah dan berasa malu kepada hambanya apabila ia mengangkat kedua tangannya (berdoa) kepada-Nya, kemudian Allah mengembalikannya (menolaknya) tanpa hasil.”

7. Menyapu muka dengan kedua tapak tangan selepas berdoa. “Rasulullah s.a.w. apabila mengangkat kedua tangannya dalam berdoa, tidak akan melepas dan mengembalikannya sehingga menyapu wajahnya dengan kedua tangannya.”

8. Menadahkan kedua tapak tangan apabila memohon perkara positif dan menelungkupkan tapak tangan apabila memohon menolak perkara negatif. “Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila memohon perkara positif mengadahkan kedua tapak tangannya ke langit, dan apabila memohon perlindungan dari perkara negatif menelungkupkan kedua tapak tangannya daripada langit. “


Selamat berdoa!. Moga dimakbulkan Allah s.w.t.

Panduan Tidur Cara Islam


Panduan sebelum tidur:

1. Mengambil wudhuk.

2. Membaca zikir yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Saiditina Fatimah dan Saidina Ali ketika hendak tidur. Hendaklah bertasbih sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 34 kali.

3. Membaca ayat Qursi kemudian menyapu muka serta melurutkan tangan ke arah kaki sekadar capaian tangan (dilakukan tiga kali).

4. Membaca surah Al-Ikhlas, al-Falaq dan An-Nas dan diikuti Al-Fatihah.

5. Bermuhasabah di atas dosa-dosa harian yang dilakukan sepanjang hari lalu memohon ampun kepada Allah dan berazam melakukan perkara lebih baik pada keesokan harinya.

6. Berdoa kepada Allah dengan berserah diri kepada-Nya. Antaranya doa yang bermaksud: "Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup".

7. Mengucap dua kalimah syahadah kerana dikhuatiri malam itu adalah tidur terakhir bagi kita di dunia ini. Moga-moga kalimah toyyibah itu menjadi kalimah terakhir dilafaz dalam perjalanan menemui Allah S.W.T.

Panduan Menangani Persoalan Mimpi


Umat Islam diajar bagaimana menangani persoalan mimpi seperti diriwayatkan Abdullah bin Abu Qotadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Mimpi yang baik daripada Allah, sedangkan mimpi yang buruk daripada syaitan. Maka apabila salah seorang di antara kamu bermimpi buruk, hendaklah ia meludah ke arah kiri dan mohonlah perlindungan kepada Allah dari keburukannya, sesungguhnya hal itu tidak akan memudaratkannya". (Riwayat Bukhari Muslim)

Apabila bermimpi sesuatu perkara yang baik hendaklah memuji Allah dan menceritakannya kepada orang yang menyukai, tetapi jika sebaliknya hendaklah memohon perlindungan kepada Allah, kemudian meludah ke arah kiri tiga kali, berpindah tempat, solat dua rakaat dan jangan menceritakan kepada seseorang pun supaya tidak timbul andaian dan pandangan yang bukan-bukan yang boleh menimbulkan ketakutan atau keluh kesah.

Cara Mengatasi Marah



Islam menganjurkan cara-cara mengatasi perasaan marah seperti berikut:

1. Mengubah posisi. Sabda Rasulullah SAW: "Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghiangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim).

2. Berwudhuk. Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwudhuk" (Hadis Riwayat Abi Daud).

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan, masa dan tempat yang sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat. Mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

32 laknat yg menakutkan..


32 laknat yg menakutkan..

Menurut Al-Quran dan Hadis terbongkar sebab-sebab serta jenis manusia yang beroleh laknat dari Allah. Mari kita renungkan dan menjauhinya..


1. Orang yang membuat tatu atau yang menyuruh membuat tatu.

2. Wanita yang menyambung rambut atau meminta untuk disambung rambutnya(palsu).

3.Orang yang mencabut bulu keningnya atau meminta supaya bulu keningnya dicabut.

4.Orang yang mengasah giginya atau orang yg meminta giginya diasah.

5. Pemakan riba, wakilnya, penulisnya dan saksinya.

6. Pengamal cina buta atau orang yang mengupah agar melakukan cina buta.

7. Pencuri, perompak, peragut dan seumpamanya.

8. Peminum arak, penghidangnya, pemerahnya , penjualnya, orang yang memakan bayarannya, pembawanya dan orang yang menerimanya.

9. Pengubah tanda sempadan tanah.

10. Pencaci kedua ibu bapanya.

11. Orang yang percaya adanya sial.

12. Lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.

13. Orang yang menyembelih binatang untuk selain Allah s.w.t.

14. Pembuat bid'ah dan para pembantunya.

15. Orang yang membuat dan mengukir patung-patung.

16. Golongan homeseksual.

17. Orang yang menyesatkan orang yang buta dari perjalanannya.

18. Orang yang memperkosa binatang.

19. Orang yang mencederakan muka haiwan.

20. Orang yang memudarat dan memperdayakan orang Islam.

21. Orang yang berzina dengan isteri orang lain.

22. Suami yang menyetubuhi isterinya melalui duburnya.

23. Orang yang melakukan kerosakan di muka bumi.

24. Orang yang memutuskan silaturrahim.

25. Orang yang menyakiti Rasulullah s.a.w.

26.Orang yang menyembunyikan sesuatu yang diperintahkan Allah agar disampaikan.

27. Orang yang menuduh wanita-wanita mukminat yang suci dengan tuduhan perzinaan.

28. Orang yang menganggap jalan (AGAMA) orang kafir lebih baik daripada agama Islam Selain itu terdapat juga laknat para malaikat sebagaimana terkandung di dalam Al Quran dan hadis nabi s.a.w.

29. Malaikat melaknati isteri yang menjauhi tempat tidur suaminya di waktu malam sampai subuh.

30. Malaikat melaknat orang yang dinisbahkan kepada selain bapanya.

31. Malaikat juga melaknati orang yang mengacu-acukan pisau (senjata) ke arah kawannya.

32. Malaikat juga melaknati orang yang melaknati para Sahabat ridwanullahi 'alaihim.


Sama-sama lah kita menjauhi sebab-sebab kelaknatan tersebut sebagaimana kita menjauhi binatang-binatang yang buas. Usahlah kita menuruti dan mengikuti jalan-jalan iblis laknatullah serta syaitan yang terkutuk!

Kenapa Hati Mati…???






Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan.Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita.Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawapkan oleh Allah pada akhirat kelak.

Persoalan sekarang, kenapa hati mati?

Hati mati disebabkan perkara berikut :

1. Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman, bermaksud “maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah.Mereka yang demikian keadaanya adalah dalam kesesatan yang nyata”
(Surah al-Zumar, ayat 22)


2. Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarya.Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati.Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak menginngati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud “iaitu orang yang beriman tenteram hati mereka dengan mengingati Allah.Ketahuilah! dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.”
(Surah al-Ra’ad, ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik”
(Surah al-Syura, ayat 88-89)

13 Wasiat Rasulullah SAW Kepada Ali Abu Talib


IBNU ABBAS ra meriwayatkan bahawa Ali Abu Talib berkata :”Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, mengutarakan 13 wasiat khusus untukku:


1.       Hai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi tanpa memakai kain separas pinggang.Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat.

2.       Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin dijari telunjuk dan dijari tengah.Sesungguhnya itu adalah ape yang dilakukan oleh kaum Lut.

3.       Hai Ali, sesungguhnya Allah mengkagumi hambanya yang melafazkan istighfar; “Rabighfirli fainahu Iayaghfirul-zunuba illa Anta”(Tuahnku ampunilah aku.Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan engkau) Allah lalu berfirman, “Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Ku.Hai malaikat-Ku, jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia”.

4.       Hai Ali, takutilah engkau daripada berdusta.Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai pendusta.Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan sadiq.Ketahuilah engkau, bahawasanya sidiq (benar) itu berkat dan kazzab (dusta) itu celaka.

5.       Hai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu.Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya siksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6.       Hai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan dharurah, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau, Sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7.       Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok.Bahawasanya Allah Taala mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8.       Hai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah seranah.Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhrnya penyesalan.

9.       Hai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek gigi.Bahawasanya bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10.   Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala keatas hamba-Nya.Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11.   Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau perolehi peruntukan daripada Allah.

12.   Hai Ali, apa yang engkau bencikan juga pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman.Dengan itu engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13.   Hai Ali, perbaikanlah perhubungan diantara penduduk (jiran) sekampung dan diantara ahli rumahmu.Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Hai Ali, perliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan perolehi kemenangan dan kelepasan.Insya Allah.