Kecintaan Kepada Rasulullah S.A.W.

"Katakanlah (Muhammad).Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"
(Firman Allah dalam Surah Al-imran)


 Pernah seorang sahabat bertanya kepada Nabi S.A.W. "Ya Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai dari diriku sendiri dan anak-anakku.Apabila aku berada di rumah dan teringatkan diri mu, maka tidak tertahan memendam rasa rinduku, sehingga aku datang memandang wajah mu,Tetapi apabila aku teringat kepada kematian, aku merasa sangat sedih keranaaku tahu bahawa engkau pasti akan masuk syurga dab berkumpul bersama-sama dengan Nabi-Nabi yang lain.Sementara aku jika ditakdirkan oleh Allah masuk ke syurga, maka aku bimbang tidakakan dapat melihat wajahmu, kerana sudah pastinya syurgamu berada di darjat yang lebih tinggi daripada syurgaku"

 Apabila mendengar kata-kata sahabat itu Rasulullah hnya membisu sehinggalah Jibrail menurunkan wahyu,
Firman Allah :

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-Nabi, dan orang-orang yang siddiqiin, dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang soleh.Dan amatlah eloknya mereka itumenjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)"
(An-Nisa' ayat 69)

 Maksud Siddiqiin ialah orang-orang yang amat benar keimananya kepada Allah.Bagaimana zahirnya begitu juga batinnya.

 Melalui kisah diatas, maka para ulama membuat kesimpulan bahawa mencintai Rasulullah bukanlah sekadar mengadakan program-program "Sambutan Maulidurrasul" yang biasanya diadakan oleh masyarakat kita di merata-rata masjid ataupun surau, bahkan ianya lebih jauh dari itu.Tetapi dalam ertikata yang sebenarnya mencintai Rasulullah ialah dengan cara kita meng'ITTIBA'kan sunnah Rasulullah didalam kehidupan harian kita.

 Dari segi bahasa ittiba' bermaksud 'Mengikuti atau Mencontohi'.Dari segi syarak pula ittiba' bermaksud 'Mengikuti atau Mencontohi Sunnah Rasulullah'.

 Oleh itu apabila disebut Ittiba' Al-Rasul ianya bermaksud mengikuti atau mencotohi sunnah Rasulullah
dengan sesungguhnya dalam semua kehidupan kita termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan Aqidah, Ibadah, Akhlak, Dakwah, Politik, Syariat, Muamalah dan lain-lain lagi.

 Seseorang pernah bertanya kepada Fudhail bin Iyaadh, "Apakah yang dimaksudkan dengan amalan yang paling ikhlas dan amalan yang paling betul?" Jawabnya "Sesuatu amalan yang dibuat dengan tidak ikhlas tetapi dengan cara yang betul, maka amalan itu tidak akan diterima oleh Allah.Begitu juga sesuatu amalan yang dibuat dengan ikhlas tetapi dengan cara yang tidak betul, maka amalan itu juga tidak akan diterima oleh Allah.
Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah setiap amalan yang dibuat adalah semata-mata kerana Allah. Dan yang dimaksudkan dengan amalan yang betul ialah amalan itu mestilah mengikuti atau mencontohi dari sunnha Rasulullah S.A.W.

 Dari Abu Ayyub katanya, "ketika beliau tinggal di rumahku maka aku berkata kepadanya."Demi ayah dan ibuku, sesungguhnya aku merasa tidak elok jika tinggal diatasmu dan engkau berada di bawahku." Rasulullah bersabda,"lebih mudah bagi kami untuk tinggal di bawah saja, agar memudahkan kami menerima tetamu".

Oleh itu sebagai rasa kecintaan kita kepada Rasulullah, marilah kita sama-sama menghidupkan ataupun menyuburkan kembali Sunnah-sunnah Rasulullah yang telah lama kita abaikan.Kita mulakan dari diri kita sendiri, anak, isteri, kaum kerabat, jiran tetangga, sahabat dan masyarakat umumnya.Tidak lupa juga untuk kita sentiasa berselawat kepada junjungan besar kita tanpa mengira masa dan tempat.Mudah-mudahan kita mendapat syafaat darinya.Maka hayatilah wasiat Rasulullah ini :

 "Dan tidaklah aku tinggalkan kepada kamu dua pekara, yang denganya kamu tidak akan sesat.iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah (pengajaran) ku"

Motivasi Cinta


Apa sebenarnya yang menjadi motivasi cinta? Cinta yang dimaksud adalah cinta kepada sesama.Untuk cinta kepada Allah, saya yakin sudah banyak yang membahasnya.Pada kali ini, saya ingin fokus membahas tentang cinta kepada sesama makhluk, terutama kepada sesama manusia.

 Motivasi cinta begitu kuat.Banyak kes, yang katanya demi cintanya kepada sang kekasih dia rela melakukan apa pun, termasuk bunuh diri.Belum lagi, cuba dengar lagu-lagu tentang cinta yang sering mengatakan bahawa apa pun akan dilakukan demi cinta.

 Dalam filem, sinetrin, lagu dan berbagai budaya lainnya, sering kali cinta begitu diagunkan.Seolah segalanya.Sayangnya, cinta tersebut didominasi oleh cinta kepada lawan jenis.Dalam agama islam, bukanlah dilarang untuk mencintai lawan jenis.Lelaki mencintai wanita dan sebaliknya.Allah memang menciptakan rasa cinta kepada manusia.Kerana cinta adalah anugerah dari Allah, maka cinta harus digunakan sesuai dengan kehendak Allah SWT.Inilah yang seharusnya menjadi motivasi cinta.

 Dari Anas bin Malik ra berkata : Nabi Muhammad S.A.W. bersada : "Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga ia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah ; sehingga ia dilemparkan ke dalam api lebih ia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan darinya; dan sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada selainnya."(Iman Al Bukhari)


Hadis ini memang ditujukan bagi kita yang mahu merasakan manisnya iman.Bukan "manisnya" pelampiasan hawa nafsu.Oleh kerana itu, dalam mencintai seseorang (isteri, suami, anak, orang tua, dan sebagainya) harus kerana Allah seperti yang dikatakan Rasulullah S.A.W. dalam hadis diatas : tidak mencintainya kecuali kerana Allah.Motivasi cinta, harus kerana Allah SWT.

 Jika motivasi cinta kita hanya kerana Allah, maka siapa yang dicintai dan bagaimana cara mencintai harus sesuai dengan ketentuan Allah SWT.Sebesar apa pun cinta anda kepada sesama makhluk, bahkan kepada seorang kekasih yang belum ada ikatan hukum sama sekali dalam pandangan agama.Jangan sampai melebihi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.Salah satunya tidak melanggar perintah Allah dan Rasul-Nya demi cinta kepada kekasihnya.Seperti mendekati zina apatah lagi melakukannya.

 Manusia hidup hanyalah kepada Allah.Itulah motivasi hidup sejati manusia.Termasuk motivasi cinta.Cintai isteri kerana Allah, Cintai suami kerana Allah. Cintai anak, orang tua, adik beradik, dan saudara seAgama kerana Allah.Kerana inilah motivasi cinta sejati.

Mayat Hitam Legam


Suffian Al thauri telah menceritakan pada Abu Lith katanya :

Masa aku tawaf, aku berjumpa seorang lelaki, tiap-tiap kali ia melangkah ia membaca selawat.Aku mempersalahkan perbuatan itu.Lalu aku memanggil dia dan aku katakana adakah selawat mu lebih besar dari tasbih dan tahlil? Ya, kata lelaki itu, ini adalah satu rahsia yang tidak diketahui oleh seorang pun selain dari aku sahaja, iaitu aku bersama dengan bapaku hendak mengambil haji tetapi malangnya didalam perjalanan bapaku telah sakit, aku melayannya sehingga dia meninggal dunia.

 Alangkah terperanjat aku takala melihat tubuh mayat bapaku itu berubah sdikit demi sedikit kepada hitam legam, aku berdukacita tetapi aku syukur di atas pemberian Allah.Di malam itu manakala aku terlena aku bermimpi seorang lelaki yang sangat baik paras wajahnya, gilang gemilang, bersih dan wangi baunya dating hamper dan menyapu muka mayat bapaku yang terlunjr.

 Seketika itu jua bertukar tubuh mayat bapaku itu kepada cantik, takala ia meninggalkan mayat itu aku pegang bajunya dan bertanya siapakah engkau? Jawapnya akulah Muhammad bin Abdullah, bapamu seorang yang berdusta tetapi banyak membaca selawat keatas ku.



Sama-sama kita memperbanyakan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Masalah Doa Qunut




Iman dan solat sendiri

Jika iman atau yang solat seorang diri terlupa membaca doa qunut, kemudian teringat setelah dahinya mencecah tempat sujud, maka janganlah dia kembali berdiri untuk membaca qunut kerana dia telah masuk kepada mengerjakan fadhu lain iaitu sujud.

Jika dia kembali untuk membaca doa qunut dengan sengaja sedangkan dia tahu akan hukumnya haram nescaya batallah solatnya.

Tetapi sekiranya dia berdiri untuk membaca doa qunut kerana terlupa atau jahil akan hukumnya haram maka tidak batal solatnya.Tetapi wajid dia kembali sujud semula apabila dia teringat atau tahu akan haramnya.

Jika dia teringat yang dia terlupa membaca doa qunut sebelum meletakan dahinya ke tempat sujud sunat baginya berdiri membaca doa qunut dan sujud sahwi, sekiranya tunduk itu terhampir had rukuk.Sekiranya tunduknya itu terlebih kepada had qiyam (berdiri) atau bersamaan dengan had rukuk dan had qiyam maka tidak perlulah sujud sahwi.


Makmun

Jika sekiranya iman meninggalkan qunut maka sunat bagi makmun mengikut iman (meninggalkan qunut). Mengikut SHEIKH IBNU HAJAR harus membaca qunut walaupun iman meninggalkan qunut tetapi dengan syarat jangan tertinggal makmum dengan dua rukun fe’li.

Tetapi sekiranya iman kembali membaca doa qunut sedangkan dahinya telah mencecah tempat sujud, maka janganlah makmun itu mengikut iman, hendaklah dia berniat ‘mufaraqoh’ ataupun menanti iman didalam sujud, tetapi berniat mufaraqoh adalah terlebih baik.Jika iman kembali membaca doa qunut dengan sengaja sedangkan dia tahu hukumnya haram maka terbatallah solat iman tersebut.Tidak harus makmun mengikut iman yang terbatal solatnya dan iman yang terlupa atau jahil tentang hokum haramnya.

Jika sekiranya makmun meninggalkan doa qunut lalu makmun itu sujud sedangkan iman sedang membaca doa qunut, dalam keadaan berikut :

a) Jika makmun meninggalkan doa qunut sebab terlupa, sujud yang dilakukan tidak dikira tetapi wajib baginya kembali berdiri mengikut iman, sekiranya makmun tidak kembali mengikut iman sedangkan dia tahu akan hukumnya haram maka batallah solat makmun tersebut.

 b) Jika makmun meninggalkan doa qunut dengan sengaja maka sunat baginya kembali berdiri mengikut iman.


Nota : Doa Qunut tiada muafakat yang menyatakan wajid berbuat dan tiada muafakat yang menyatakan tidak wajid meninggalkannya.

Solat Menghapus Kegelisahan Di Hati



Diceritakan pada zaman dahulu, bahawa seorang lelaki berjalan-jalan di malam hari, ia melihat sekumpulan tentera sedang memeriksa jalan, dalam pemikirannya kalau dia berlalu di sekumpulan tentera itu sudah pasti dia akan dikenakan berjenis macam persoalan, lalu dia lari bersembunyi dibangunan yang roboh untuk bersembunyi.

 Seketika itu, tidak disangka-sangka sekumpulan tentera datang untuk mengeledah tempat persembunyianya lalu menemui lelaki tersebut dalam masa yang sama menemukan seorang yang telah terbunuh.

 Jadi lelaki itu dihadapkan pada hakim, segala bukti mengisyaratkan dialah pembunuhnya, lantas si lelaki tersebut meminta kepada hakim diberi kesempatan untuk berwuduk dan bersolat dua rakaat kepada Allah yang maha mengetahui.Hakim memakbulkan permintaanya dan menangguhkan sidang.Kemudian lelaki tersebut solat dan berdoa kepada Allah.Didalam doanya iaitu “Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa tiada saksi untuku menyatakan tidak kesalahanku, hanya Kau sahaja saksiku, dan Engkau meminta kepada kami orang beriman untuk tidak merahsiakan kesaksian, maka aku memohon kepada mu, pada Zat Mu ya Allah”.Lelaki tersebut benar-benar yakin dengan ketentuan Allah dan hanya Allah sahaja yang dapat membantunya.

 Ketika pembicaraan bersidang kembali, tiba-tiba seorang lelaki masuk kehadapan hakim, selepas itu berkata “AKULAH PEMBUNUHNYA”.

 Hakim terkejut dan bertanya kepada lelaki yang baru datang’ mengapa kamu mengaku kamulah pembunuhnya? Sedangkan tiada seorang pun yang melihat kamu yang membunuhnya? Lali si pembunuh menjawap, “Demi Allah aku tidak mengakui, tapi ada suara tanpa rupa menggerakkan lisanku untuk mengucapkan apa yang aku katakana tadi”.

 Cerita diatas menunjukkan mutlakkanya kekuasaan Allah. Jadi Allah Maha Kuasa yang tidak berkehendakkan apa yang si pembunuh tidak mahu, dan berkehendakkan apa yang si lelaki mahu.Orang yang terzalim terbebas kerana bersolat dua  rakaat seperti mana yang telah diajar oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.Rasulullah akan bersolat sunat setiap kali ditimpa persoalan.

 Ketika manusia sujud dihadapan Nya dan bermunajat kepada Nya, maka hanya Dia satu-satunya Maha Kuasa yang akan Memberi jalan keluar baginya.Ini kerana kita berada dalam gengaman-Nya, kita berbuat sesuatu mengikut kehendak-Nya, tiada yang dapat membantah hukumNya dan tiada yang dapat menolak keputusanNya.

 Kita harus meyakini dan mensucikan kembali niat dalam setiap kali kita memohon padaNya dan kita kenalah banyak sujud dihadapan Nya.Sesungguhnya solat mempunyai peranan yang amat besar dalam kehidupan seorang muslim, sabda Rasulullah, “yang membezakan umatku dengan kafir adalah solat”.Inilah satu-satunya fardhu yang difardhukan secara langsung dari Allah kepada junjungan kita S.A.W. pada malam ISRA’ MIKRAJ.

Sama-sama kita renungkan dan mengambil pengajaran..

Bekal Akhirat (Perihal Tentang Kematian)






Perihal Tentang Kematian

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengar kecuali jin dan manusia.Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :

“Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirihat daripada seretan malaikat maut”.


Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :

“wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan air dalam keadaan panas.Begitu juga jangan menuangkan dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :

“Demi Allah, wahai orang memandikan jangan engkau mengogosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.


Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihta lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :

“Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu.Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anaku telah menjadi yatim dan janganlah kamu menyakiti mereka.Sesungguhnya pada hari aku telah keluar dari rumanhku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada Jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan :

“Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan anak-anakku, janganlah kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan jangalah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”.

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu mananggung kesalahanku”.
“Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan kedunian.Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.


Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah.Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperlehi nur di muka mereka.Dalam mimpi itu,Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama.Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.


Maka mayat itu menjawab :

“Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman.Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setalah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata :

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka manarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarrik roh dari lutut sehingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut sehingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.

Sambung Rasullulah S.A.W. lagi :

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail a.s. akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya.Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail a.s.

“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail a.s. akan menebarkan sayap sebelah kiri.Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekeliliginya.Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya..


Sama-sama kita renunngkan..

Kelebihan Menerima Tetamu





Hadis : Setiap tetamu yang memasuki rumah anda akan mendatangkan :

1. Seribu berkat.
2. Seribu rahmat.
3. Allah akan mengampunkan semua dosa anda sekelurga.
4. Allah akan berikan pahala 1000 orang syahid.
5. Setiap kunyahan yang dimakan oleh tetamu pahalanya seperti pahala haji mabrur.
6. Allah akan bangunkan untuknya satu Bandar didalam syurga.

“Dan sesiapa yang memuliakan tetamu, maka mereka seolah-olah memuliakan 70 orang nabi”.
(Mafhum hadis Rasulullah)

Adab-Adab Berdoa



Adat-Adat Berdoa Dalam Islam.


1. Dengan merendah diri dan suara yang lembut seperti dijelaskan dalam surah Al-A’raf ayat 55 yang bermaksud “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”

2. Hati sentiasa ingat akan Allah dan berasa yakin doa akan dikabulkan. “Berdoalah kepada Allah dan kamu menyakini untuk dikabulkan, dan ketahuilah olehmu sesungguhnya Allah tidak akan mengabulkan doa yang keluar dari hati yang lupa dan sunyi (dari mengingati Allah).”

3. Dimulai dengan memuji Allah dan membaca selawat kepada Nabi s.a.w. “Bersabda Nabi s.a.w.: Apabila salah seorang daripada kamu sekalian berdoa, maka mulailah dengan membaca Tahmid serta memuji kepada Allah, kemudian membaca selawat kepada Nabi, baru kemudian berdoa dengan apa yang dikehendakinya.”

4. Membaca selawat kepada Nabi di tengah dan akhir doa seperti dinyatakan dalam hadis berikut: “Bersabda Nabi s.a.w.: “Setiap doa terhalang (tidak dikabulkan) sehingga dibacakan atasnya selawat kepada Nabi s.a.w.”

5. Mengakhiri doa dengan mengaminkannya, biarpun hanya berdoa sendirian seperti dinyatakan hadis Abu Hurairah r.a.: “Bersabda Nabi s.a.w: “Apabila salah seorang dari kamu berdoa, maka aminkanlah atas doanya sendiri.”

6. Mengangkat kedua tangan selama berdoa. Hadis Abu Daud: “Bersabda Nabi s.a.w.: “ Sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Hidup, Maha Pemurah dan berasa malu kepada hambanya apabila ia mengangkat kedua tangannya (berdoa) kepada-Nya, kemudian Allah mengembalikannya (menolaknya) tanpa hasil.”

7. Menyapu muka dengan kedua tapak tangan selepas berdoa. “Rasulullah s.a.w. apabila mengangkat kedua tangannya dalam berdoa, tidak akan melepas dan mengembalikannya sehingga menyapu wajahnya dengan kedua tangannya.”

8. Menadahkan kedua tapak tangan apabila memohon perkara positif dan menelungkupkan tapak tangan apabila memohon menolak perkara negatif. “Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila memohon perkara positif mengadahkan kedua tapak tangannya ke langit, dan apabila memohon perlindungan dari perkara negatif menelungkupkan kedua tapak tangannya daripada langit. “


Selamat berdoa!. Moga dimakbulkan Allah s.w.t.

Panduan Tidur Cara Islam


Panduan sebelum tidur:

1. Mengambil wudhuk.

2. Membaca zikir yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Saiditina Fatimah dan Saidina Ali ketika hendak tidur. Hendaklah bertasbih sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 34 kali.

3. Membaca ayat Qursi kemudian menyapu muka serta melurutkan tangan ke arah kaki sekadar capaian tangan (dilakukan tiga kali).

4. Membaca surah Al-Ikhlas, al-Falaq dan An-Nas dan diikuti Al-Fatihah.

5. Bermuhasabah di atas dosa-dosa harian yang dilakukan sepanjang hari lalu memohon ampun kepada Allah dan berazam melakukan perkara lebih baik pada keesokan harinya.

6. Berdoa kepada Allah dengan berserah diri kepada-Nya. Antaranya doa yang bermaksud: "Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup".

7. Mengucap dua kalimah syahadah kerana dikhuatiri malam itu adalah tidur terakhir bagi kita di dunia ini. Moga-moga kalimah toyyibah itu menjadi kalimah terakhir dilafaz dalam perjalanan menemui Allah S.W.T.

Panduan Menangani Persoalan Mimpi


Umat Islam diajar bagaimana menangani persoalan mimpi seperti diriwayatkan Abdullah bin Abu Qotadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Mimpi yang baik daripada Allah, sedangkan mimpi yang buruk daripada syaitan. Maka apabila salah seorang di antara kamu bermimpi buruk, hendaklah ia meludah ke arah kiri dan mohonlah perlindungan kepada Allah dari keburukannya, sesungguhnya hal itu tidak akan memudaratkannya". (Riwayat Bukhari Muslim)

Apabila bermimpi sesuatu perkara yang baik hendaklah memuji Allah dan menceritakannya kepada orang yang menyukai, tetapi jika sebaliknya hendaklah memohon perlindungan kepada Allah, kemudian meludah ke arah kiri tiga kali, berpindah tempat, solat dua rakaat dan jangan menceritakan kepada seseorang pun supaya tidak timbul andaian dan pandangan yang bukan-bukan yang boleh menimbulkan ketakutan atau keluh kesah.

Cara Mengatasi Marah



Islam menganjurkan cara-cara mengatasi perasaan marah seperti berikut:

1. Mengubah posisi. Sabda Rasulullah SAW: "Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghiangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim).

2. Berwudhuk. Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwudhuk" (Hadis Riwayat Abi Daud).

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan, masa dan tempat yang sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat. Mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

32 laknat yg menakutkan..


32 laknat yg menakutkan..

Menurut Al-Quran dan Hadis terbongkar sebab-sebab serta jenis manusia yang beroleh laknat dari Allah. Mari kita renungkan dan menjauhinya..


1. Orang yang membuat tatu atau yang menyuruh membuat tatu.

2. Wanita yang menyambung rambut atau meminta untuk disambung rambutnya(palsu).

3.Orang yang mencabut bulu keningnya atau meminta supaya bulu keningnya dicabut.

4.Orang yang mengasah giginya atau orang yg meminta giginya diasah.

5. Pemakan riba, wakilnya, penulisnya dan saksinya.

6. Pengamal cina buta atau orang yang mengupah agar melakukan cina buta.

7. Pencuri, perompak, peragut dan seumpamanya.

8. Peminum arak, penghidangnya, pemerahnya , penjualnya, orang yang memakan bayarannya, pembawanya dan orang yang menerimanya.

9. Pengubah tanda sempadan tanah.

10. Pencaci kedua ibu bapanya.

11. Orang yang percaya adanya sial.

12. Lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.

13. Orang yang menyembelih binatang untuk selain Allah s.w.t.

14. Pembuat bid'ah dan para pembantunya.

15. Orang yang membuat dan mengukir patung-patung.

16. Golongan homeseksual.

17. Orang yang menyesatkan orang yang buta dari perjalanannya.

18. Orang yang memperkosa binatang.

19. Orang yang mencederakan muka haiwan.

20. Orang yang memudarat dan memperdayakan orang Islam.

21. Orang yang berzina dengan isteri orang lain.

22. Suami yang menyetubuhi isterinya melalui duburnya.

23. Orang yang melakukan kerosakan di muka bumi.

24. Orang yang memutuskan silaturrahim.

25. Orang yang menyakiti Rasulullah s.a.w.

26.Orang yang menyembunyikan sesuatu yang diperintahkan Allah agar disampaikan.

27. Orang yang menuduh wanita-wanita mukminat yang suci dengan tuduhan perzinaan.

28. Orang yang menganggap jalan (AGAMA) orang kafir lebih baik daripada agama Islam Selain itu terdapat juga laknat para malaikat sebagaimana terkandung di dalam Al Quran dan hadis nabi s.a.w.

29. Malaikat melaknati isteri yang menjauhi tempat tidur suaminya di waktu malam sampai subuh.

30. Malaikat melaknat orang yang dinisbahkan kepada selain bapanya.

31. Malaikat juga melaknati orang yang mengacu-acukan pisau (senjata) ke arah kawannya.

32. Malaikat juga melaknati orang yang melaknati para Sahabat ridwanullahi 'alaihim.


Sama-sama lah kita menjauhi sebab-sebab kelaknatan tersebut sebagaimana kita menjauhi binatang-binatang yang buas. Usahlah kita menuruti dan mengikuti jalan-jalan iblis laknatullah serta syaitan yang terkutuk!

Kenapa Hati Mati…???






Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan.Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita.Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawapkan oleh Allah pada akhirat kelak.

Persoalan sekarang, kenapa hati mati?

Hati mati disebabkan perkara berikut :

1. Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman, bermaksud “maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah.Mereka yang demikian keadaanya adalah dalam kesesatan yang nyata”
(Surah al-Zumar, ayat 22)


2. Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarya.Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati.Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak menginngati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud “iaitu orang yang beriman tenteram hati mereka dengan mengingati Allah.Ketahuilah! dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.”
(Surah al-Ra’ad, ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik”
(Surah al-Syura, ayat 88-89)

13 Wasiat Rasulullah SAW Kepada Ali Abu Talib


IBNU ABBAS ra meriwayatkan bahawa Ali Abu Talib berkata :”Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, mengutarakan 13 wasiat khusus untukku:


1.       Hai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi tanpa memakai kain separas pinggang.Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat.

2.       Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin dijari telunjuk dan dijari tengah.Sesungguhnya itu adalah ape yang dilakukan oleh kaum Lut.

3.       Hai Ali, sesungguhnya Allah mengkagumi hambanya yang melafazkan istighfar; “Rabighfirli fainahu Iayaghfirul-zunuba illa Anta”(Tuahnku ampunilah aku.Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan engkau) Allah lalu berfirman, “Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Ku.Hai malaikat-Ku, jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia”.

4.       Hai Ali, takutilah engkau daripada berdusta.Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai pendusta.Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan sadiq.Ketahuilah engkau, bahawasanya sidiq (benar) itu berkat dan kazzab (dusta) itu celaka.

5.       Hai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu.Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya siksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6.       Hai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan dharurah, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau, Sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7.       Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok.Bahawasanya Allah Taala mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8.       Hai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah seranah.Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhrnya penyesalan.

9.       Hai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek gigi.Bahawasanya bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10.   Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala keatas hamba-Nya.Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11.   Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau perolehi peruntukan daripada Allah.

12.   Hai Ali, apa yang engkau bencikan juga pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman.Dengan itu engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13.   Hai Ali, perbaikanlah perhubungan diantara penduduk (jiran) sekampung dan diantara ahli rumahmu.Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Hai Ali, perliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan perolehi kemenangan dan kelepasan.Insya Allah.

Doa Untuk Menghilangkan Rasa Marah

Imam Bukhari dan Imam Muslim telah meriwayatkan bahwa Rosululloh, pernah mengatakan kepada seorang shohabat yang beliau telah melihat ada seorang laki-laki yang memuncak kemarahannya. Rosululloh  bersabda :”Aku mengetahui suatu kalimat yang apabila dibacakannya, maka hilanglah kemarahan orang itu, yakni dibacakan : 



(A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.)


Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”

Insyaallah dengan izin Allah dapat menghilangkan rasa marah.

Selamat Beramal...

Doa Putus Cinta


Bila anda mengalami kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai dan seumpamanya, maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekasih, letak tapak tangan pada dahi atau dada kemudian baca ayat berikut.

(Yamhullah huma yasha')

Setelah selesai baca ayat di atas gengam tapak tangan kemudian buat isyarat membuang.(surah Ar-Ra'ad ayat 39)

Insyaallah dengan izin Allah dapat mengatasi kita dari kekecewaan.

Sumber :Buku Ikhtiar Penyembuh Penyakit

Doa Untuk Yang Bercinta




Ya Allah Ya TuhanKU...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku, tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu kekal abadi...

Ya Allah Ya Tuhanku
Yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia pergi jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya TuhanKU..
yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agar ku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah Ya TuhanKU..
Yang maha tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah Ya TuhanKU...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran..

Ya Allah Ya TuhanKU..
kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin.. Ya Rabbal A'lamin

Berapa Tahunkah Umur Dunia??



Diceritakan ketika Nabi Musa bermunajat kepada  ALLAH S.W.T di bukit Tursina , maka pada saat itu Nabi Musa berkesempatan bertanya kepada ALLAH dengan mengajukan beberape pertanyaan.

Jawap ALLAH : Pertama  aku jadikan adalah Nur-Mhammad. Kemudian KU jadikan Durratul-Baidhoo’ dari Nur-Muhammad. Durratul-Baidhoo’ aku jadikan 70 000 negeri ( planet) di cakrawala.Maka satu planet itu luasnya 70 kali bumi.Tiap-tiap planet itu dijadikan penghuninya 70 000 bukan bangsa jin, manusia dan malaikat.kesemuanya dijadikan dengan kalimah “kun fayakuun” .Mereka beribadat padaku sampai 70 000 tahun..Kemudian, mereka jadi derhaka kepadaku, lalu aku binasakan mereka semuanya.

Kemudian sesudah itu aku jadikan lagi 80 000 negeri ( planet)  yang besarnya Cuma 10 kali bumi.Semuanya berada di cakerawala yang bertingkat-tingkat.Di palnet itu aku ciptakan sebangsa unggas yang memakan tumbuh-tumbuhan dan biji-bijian.Lama-kelamaan unggas-unggas itu pun punah.Kemudian aku jadikan 20 000 makhluk sebangsa manusia dari cahaya secara beransur-ansur lalu punah.

 Kemudian setelah berselang 70 000 tahun sesudah itu, baru aku aku jadikan Qalam,Lauhil-mahfuzh, ‘Arsy, kursi dan malaikat.Selepas 70 000 tahun, baru aku jadikan syurga dan neraka.
 Kemudian setelah itu baru aku jadikan makhluk manusia yang namanya Adam, bukan bapamu Adam yang sekarang ini ,wahai Musa.

 Aku jadikan dia dari awal Adam sampai keturunanya yang terakhir 10 000 tahun lamanya.Setelah itu aku jadikan pula Adam yang lain dengan keturunya terakhir dalam masa 10 000 tahun.
 Demikian seterunya aku jadikan tiap-tiap Adam dan keturunanya dalam masa 10 000 tahun, ganti-berganti, sampai mencapai 10 000 orang Adam.Maka Adam yang sekarang inilah yang ke 10 000.
 Demikianlah keterangan dalam kitab “permulaan dijadikan langit dan bumi” oleh  Syaikh Nuruddin Ali.

 Jika kita renungkan keterangan di atas itu, jelaslah bagi kita bahawa umur dunia ini sudah lama atau tua..
 Cuba saja di kira setiap Adam  yang Tuhan ciptakan sampai anak keturunanya yang terakhir, adalah memakan  waktu sampai 10 000 tahun.Maka berapakah jumlahnya.10 000 x 10 000 = 100 000 000 tahun.

 Untuk memperkuat keterangan  bahawa umur dunia sudah tua.Pernah dicerita oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w tentang pengalaman dan penglihatanya dalam perjalanan isra’ dan Mi’rajnya..Nabi Muhammad s.a.w. melihat ada seorang wanita  memanggil namanya.Wanita  nmpak sudah tua, namun masih nampak cantik rupanya, memakai pakaian yang indah serta penuh perhiasan.

 Lalu Nabi bertanya kepada  Jibril.siapakah gerangan dia, wanita itu?.Jawab Jibril : itulah dunia

sama-sama kita renungkan.....

RUH ORANG YANG MATI DIBERI KESEMPATAN MENGUNJUNGI KUBUR DAN KELUARGANYA


Ruh-ruh orang yang beriman masih diberi kesempatan mengunjungi kuburnya dan ahli keluarganya sampai setahun lamanya.Apabila melebihi 1 tahun dipindahkan ke tempat lain, tempat himpunan ruh-ruh orang mukmin.Hal ini berlaku bagi ruh-ruh orang mukmin sahaja.

 Kata Ibnu Abbas : Apabila hari Raya, hari kebesaran dalam islam, seperti 10 Muharram, hari Jumaat, 1 Rejab, pertengahan bulan Sya'ban dan malam "Lailatul-qadar", ruh-ruh orang mukmin diberikan kesempatan turun ke bumi untuk mengunjungi keluarganya.Apabila ia sampai di rumahnya ia cuma boleh berkata, akan tetapi yang masih hidup tidak dapat mendengarnya.

 "Hai keluargaku,hidupku kini sangat terasing.Meskipun kamu tidak dapat melihat aku tapi aku dapat melihatmu dan medengar perkataanmu.Aku tidak memerlukan makan dan minum daripadamu, akan tetapi yang aku harapkan hanya doamu.Hendaklah kamu ingat pada suatu ketika kamu pasti akan mengalami seperti aku.Pergunakan masa hidupmu untuk beribadat dan beramal soleh, berbuat segala kebaikan, itulah yang sangat bermanfaat pada dirimu.

 Oleh kerana itu, jika melihat anak isterinya rajin beribadat dan tidak lupa mendoakan dia, gembira dia serta mendoa kepada ALLAH untuk keluarganya.Lalu kembalilah dia pada tempatnya dengan rasa puas hati.Namun sebaliknya, jika ia melihat keluarganya tidak beribadat atau melakukan maksiat maka kembalilah dia dengan perasaan kecewa dan sedih.

 Oleh kerana itu keluarga yang masih hidup jangan lupa keluarga yang telah tiada terutamanya bagi anak yang ibubapanya  telah tiada.Rajin-rajinlah mendoakan ibubapa tiap-tiap hari atau selepas solat 5 waktu, sebagaimana doa yang ALLAH ajarkan kepada kita di dalam Al-Quran : "Ya ALLAH, ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka menjaga aku di waktu kecil”.

 Ketahuilah, apabila ibubapa kita telah meninggal dunia, maka segala amal perbuatan kita ditunjuk oleh malaikat kepada ibubapa kita.Jika amal perbuatan yang kita lakukan baik, maka ibubapa kita menerima dengan senang hati dan mendoakan kepada kita.Jika kita melakukan perbuatan kejahatan ibubapa kita akan sedih dan kecewa.Maka berutunglah ibubapa yang mempunyai anak yang soleh dan selalu mendoakan kepada dia.


Sama-sama kita renungkan..

RIWAYAT ASAL KEJADIAN ADAM A.S.

Pada satu ketika ALLAH s.w.t menitahkan Malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya yang akan dijadikan bahan untuk mencipta Adam.Namun ketika sampai kebumi, bumi enggan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, hingga bumi bersumpah demi ALLAH ia tidak rela sebahagian tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana ia kuatir kelak Adam akan jadi derhaka.

 Lalu Malaikat  Jibril kembali kepada ALLAH, ia tidak dapat berbuat apa-apa mendengar sumpahan bumi.Kemudian ALLAH menitah Malaikat Mikail pula turun ke bumi dengan maksud yang sama, namun setelah mendengar perkataan bumi, seperti apa yang dikatakan kepada jibril.Malaikat Mikail pun tidak dapat berbuat apa-apa , kembali kepada ALLAH dengan tangan hampa.

 kemudian ALLAH menitahkan Malaikat Israfil turun ke bumi untuk mengambil tanah.Tetapi Malaikat Israfil pun tidak berdaya mendengar sumpahan bumi, ia kembali kepada ALLAH dengan tangan hampa juga.

 Yang terakhir ALLAH menitahkan Malaikat Izra'il turun ke bumi untuk mengambil tanah.Kata ALLAH "Hai Izra'il engkaulah kini yang aku tugaskan untuk mengambil tanah.Meskipin bumi bersumpah dengan ucapan bagaimana pun jangan engkau mundur.Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu".

 Begitulah setelah Malaikat Izra'il tiba di atas bumi ia berkata : "Hai bumi, ketahuilah kedatanganku ke mari atas perintah ALLAH dan atas nama ALLAH.Jika engkau membantah atas perkejaanku ini, bererti engkau membantah perintah ALLAH, dan tentunya engkau tidak ingin menjadi makhluk yang derhaka kepada ALLAH, bukan??"
 Mendengar perkataan Malaikat Izra'il demikian bumi tidak dapat berkata apa-apa kecuali membiarkan Malaikat Izra'il mengambil tanahnya dengan tidak banyak reaksi apa-apa.Setelah Malaikat Izra'il mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia kepada ALLAH.

 Kata ALLAH : "Ya Izra'il  engkau yang KU tugaskan untuk mengambil tanah dan kemudian hari kelak engkau pula yang aku tugaskan untuk mencabut ruh manusia".Jika demikian hamba kuatir yang hamba ini akan dibenci oleh anak Adam kerana pekerjaan hamba ini, kata Izra'il.

 "Tidak" jawab ALLAH : "Tidak mereka akan memusuhi engkau." Aku yang mengaturnya.Lalu aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian mereka.


 Menurut keterangan para Ulamak bahawa tanah-tanah yang diambil sepeti berikut :


  1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddas.
  2. Tanah Bukit thursina.
  3. Tanah Irak.
  4. Tanah Aden.
  5. Tanah Al-Kautsar.
  6. Tanah tempat bakal berdiri Baitullah.
  7. Tanah paris.
  8. Tanah khurisan.
  9. Tanah (babylon).
  10. Tanah india.
  11. Tanah Syurga Firdaus.
  12. Tanah Tha'if.




Kata Ibnu Abbas :
  1. Kapala Adam dari tanah Baitul Muqaddas, kerana di situlah berada otak dan di situlah tempat akal.
  2. Telinga dan dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
  3. Tulang dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
  4. Dahinya dari tanah Irak, kerana di situ tempat sujud kepada ALLAH.
  5. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecatikan.
  6. Mata dan dari tanah Al-Kautsar, tempat untuk menarik perhatian.
  7. Gigi dari tanah Al-Kautsar tempat memanis-manis.
  8. Tangan kanan dari tanah Ka'bah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
  9. Tangan kiri dari tanah Paris, tempat beristinja.
  10. Perut dari tanah Khurisan, tempat lapar dan haus.
  11. Kemaluan dari tanah babylon, di situ tempat sex (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
  12. Dua kaki dari tanah India tempat berdiri dan berjalan.
  13. Hati dari tanah Syurga Firdaus, kerana di situ tempat iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
  14. Lidah dari tanah Tha'if, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan mendoa kepada ALLah.

Azab Bagi Yang Tidak Sembahyang

5 Seksaan Di Dunia Orang Yang Tidak Sembahyang ialah :
  1. Dicabut berkat umurnya ketika di dunia (hidup susah dan tidak aman damai).
  2. Dihapuskan tanda orang soleh di mukanya (wajahnya tidak ada cahaya atau hilang seri muka).
  3. Doanya tidak dimakbulkan oleh ALLAH.
  4. Setiap amalan kebajikan yang dilakukan tidak di beri pahala oleh ALLAH.
  5. Dia tidak tergolong ke dalam golongan mukmin yang mendapat bahagian daripada doa orang soleh.


3 Seksaan Ketika Hendak Mati :
  1. Mati dalam keadaan hina.
  2. Mati dalam keadaan kelaparan.
  3. Mati dalam keadaan dahaga yang amat sangat, kalau diberi air sebuah lautan sekalipun tidak dapat menghilang dahaga itu.

    3 Seksaan Dalam kubur :
    1. Di sempitkan kubur sehingga hancur tulang rusuknya.
    2. Di nyalakan api di dalam kubur untuknya, maka dia bergelumang di dalam api siang dan malam.
    3. Datang mengigitnya seekor ular yang bernama "SYUJA" matanya dari api neraka dan kukunya daripada besi panas dari neraka, akan mengigitnya setiap ketika sehingga hari kiamat.

      3 Seksaan Semasa keluar Dari kubur Untuk ke Akhirat :
      1. Di beratkan hisab (banyak soal jawab).
      2. Di murkai oleh ALLAH.
      3. Dia di masukan ke dalam neraka.

      Sitemap