Kesakitan adalah anugerah Pemberian dari Allah kepada hambanya. Jika
kita fikirkan, kesakitan menyebabkan kita akan mula mengingati akan
"Tuan" pemilik kepada kesakitan dan kesihatan. Kesakitan menjadi
wasilah untuk kita kembali menjadi hamba yang sangat memerlukan pertolongan
dari "Tuan" yang Maha Memberi.
Kesihatan sering menyebabkan kita terlalai dalam melakukan
tugas yang diamanahkan. Nama Allah akan sering meniti di bibir apabila
kesakitan datang. Ibadah dilakukan dengan penuh khusyuk dan rendah diri apabila
kita ditujah oleh kesakitan. Bayangkan tanpa kesakitan mungkin kita akan terus
lalai dalam kehidupan yang penuh hina sehingga apabila datang waktu yang
ditetapkan kita akan menyesal kerana telah terpedaya pada dunia.
Bersyukurlah pada nikmat kesakitan yang dengannya kita
mensyukuri nikmat sihat. Ujian yang datang akan menghapuskan dosa dan menambah
keimanan kita. Firaun adalah contoh manusia yang tidak pernah sakit. Nikmat
sihat yang ada menyebabkan tertipu lantas mengaku menjadi tuhan. Ditambah
dengan Sikap takbur yang terlalu tinggi menyebabkan sehingga saat maut datang
beliau masih lagi belum mahu untuk menyebut nama Allah tetapi menyebut beriman
dengan Tuhan yang diimani oleh Bani Israil..
"Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu
dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan
pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat
yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai
oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut
perintah)”.. (Surah Yunus:90).
No comments:
Post a Comment