Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang
mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta
kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan
jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada
keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa
keuntungan itu?
- Pahala
yang berlipat ganda
- Keberkatan.
Baik, kali ini saya nak kongsikan dengan anda tentang sunnah-sunnah
makan(setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan.
Duduk makan cara sunnah...
Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi
ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan
komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk
makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.
Ada orang tanya saya, macammana kalau kita makan atas
kerusi/meja? Macammana nak duduk cara sunnah? Hmm, kalau makan atas
kerusi/meja, tak bolehla nak ikut sunnah. Sebab kalau ikut sunnah, makan kena
atas lantai. Barulah boleh duduk cara sunnah ni.
3. Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, saya ‘no comment’.Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer…2 batang kayu jer guna. OK jer apa. So, macammana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.
6. Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa“Bismillahiwa’ala barokatillah“
7. Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.
8. Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.
9. Makan
ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Haaa yang ni nampak macam
senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal.
Biasanya kita makan ni ikut nafsu.Selagi tak kenyang, selagi
tu lah kita ‘melantak’. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau
restoran yang menyediakan hidangan cara ‘buffet’. Memang sampai nak pecah
perut, baru la berhenti makan.
No comments:
Post a Comment