Azab Bagi Yang Tidak Sembahyang

5 Seksaan Di Dunia Orang Yang Tidak Sembahyang ialah :
  1. Dicabut berkat umurnya ketika di dunia (hidup susah dan tidak aman damai).
  2. Dihapuskan tanda orang soleh di mukanya (wajahnya tidak ada cahaya atau hilang seri muka).
  3. Doanya tidak dimakbulkan oleh ALLAH.
  4. Setiap amalan kebajikan yang dilakukan tidak di beri pahala oleh ALLAH.
  5. Dia tidak tergolong ke dalam golongan mukmin yang mendapat bahagian daripada doa orang soleh.


3 Seksaan Ketika Hendak Mati :
  1. Mati dalam keadaan hina.
  2. Mati dalam keadaan kelaparan.
  3. Mati dalam keadaan dahaga yang amat sangat, kalau diberi air sebuah lautan sekalipun tidak dapat menghilang dahaga itu.

    3 Seksaan Dalam kubur :
    1. Di sempitkan kubur sehingga hancur tulang rusuknya.
    2. Di nyalakan api di dalam kubur untuknya, maka dia bergelumang di dalam api siang dan malam.
    3. Datang mengigitnya seekor ular yang bernama "SYUJA" matanya dari api neraka dan kukunya daripada besi panas dari neraka, akan mengigitnya setiap ketika sehingga hari kiamat.

      3 Seksaan Semasa keluar Dari kubur Untuk ke Akhirat :
      1. Di beratkan hisab (banyak soal jawab).
      2. Di murkai oleh ALLAH.
      3. Dia di masukan ke dalam neraka.

      No comments:

      Post a Comment