RIWAYAT ASAL KEJADIAN ADAM A.S.

Pada satu ketika ALLAH s.w.t menitahkan Malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya yang akan dijadikan bahan untuk mencipta Adam.Namun ketika sampai kebumi, bumi enggan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, hingga bumi bersumpah demi ALLAH ia tidak rela sebahagian tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana ia kuatir kelak Adam akan jadi derhaka.

 Lalu Malaikat  Jibril kembali kepada ALLAH, ia tidak dapat berbuat apa-apa mendengar sumpahan bumi.Kemudian ALLAH menitah Malaikat Mikail pula turun ke bumi dengan maksud yang sama, namun setelah mendengar perkataan bumi, seperti apa yang dikatakan kepada jibril.Malaikat Mikail pun tidak dapat berbuat apa-apa , kembali kepada ALLAH dengan tangan hampa.

 kemudian ALLAH menitahkan Malaikat Israfil turun ke bumi untuk mengambil tanah.Tetapi Malaikat Israfil pun tidak berdaya mendengar sumpahan bumi, ia kembali kepada ALLAH dengan tangan hampa juga.

 Yang terakhir ALLAH menitahkan Malaikat Izra'il turun ke bumi untuk mengambil tanah.Kata ALLAH "Hai Izra'il engkaulah kini yang aku tugaskan untuk mengambil tanah.Meskipin bumi bersumpah dengan ucapan bagaimana pun jangan engkau mundur.Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu".

 Begitulah setelah Malaikat Izra'il tiba di atas bumi ia berkata : "Hai bumi, ketahuilah kedatanganku ke mari atas perintah ALLAH dan atas nama ALLAH.Jika engkau membantah atas perkejaanku ini, bererti engkau membantah perintah ALLAH, dan tentunya engkau tidak ingin menjadi makhluk yang derhaka kepada ALLAH, bukan??"
 Mendengar perkataan Malaikat Izra'il demikian bumi tidak dapat berkata apa-apa kecuali membiarkan Malaikat Izra'il mengambil tanahnya dengan tidak banyak reaksi apa-apa.Setelah Malaikat Izra'il mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia kepada ALLAH.

 Kata ALLAH : "Ya Izra'il  engkau yang KU tugaskan untuk mengambil tanah dan kemudian hari kelak engkau pula yang aku tugaskan untuk mencabut ruh manusia".Jika demikian hamba kuatir yang hamba ini akan dibenci oleh anak Adam kerana pekerjaan hamba ini, kata Izra'il.

 "Tidak" jawab ALLAH : "Tidak mereka akan memusuhi engkau." Aku yang mengaturnya.Lalu aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian mereka.


 Menurut keterangan para Ulamak bahawa tanah-tanah yang diambil sepeti berikut :


  1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddas.
  2. Tanah Bukit thursina.
  3. Tanah Irak.
  4. Tanah Aden.
  5. Tanah Al-Kautsar.
  6. Tanah tempat bakal berdiri Baitullah.
  7. Tanah paris.
  8. Tanah khurisan.
  9. Tanah (babylon).
  10. Tanah india.
  11. Tanah Syurga Firdaus.
  12. Tanah Tha'if.




Kata Ibnu Abbas :
  1. Kapala Adam dari tanah Baitul Muqaddas, kerana di situlah berada otak dan di situlah tempat akal.
  2. Telinga dan dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
  3. Tulang dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
  4. Dahinya dari tanah Irak, kerana di situ tempat sujud kepada ALLAH.
  5. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecatikan.
  6. Mata dan dari tanah Al-Kautsar, tempat untuk menarik perhatian.
  7. Gigi dari tanah Al-Kautsar tempat memanis-manis.
  8. Tangan kanan dari tanah Ka'bah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
  9. Tangan kiri dari tanah Paris, tempat beristinja.
  10. Perut dari tanah Khurisan, tempat lapar dan haus.
  11. Kemaluan dari tanah babylon, di situ tempat sex (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
  12. Dua kaki dari tanah India tempat berdiri dan berjalan.
  13. Hati dari tanah Syurga Firdaus, kerana di situ tempat iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
  14. Lidah dari tanah Tha'if, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan mendoa kepada ALLah.

No comments:

Post a Comment