Ruh-ruh orang yang beriman masih diberi kesempatan mengunjungi kuburnya dan
ahli keluarganya sampai setahun lamanya.Apabila melebihi 1 tahun dipindahkan ke
tempat lain, tempat himpunan ruh-ruh orang mukmin.Hal ini berlaku bagi ruh-ruh
orang mukmin sahaja.
Kata Ibnu Abbas : Apabila hari Raya,
hari kebesaran dalam islam, seperti 10 Muharram, hari Jumaat, 1 Rejab,
pertengahan bulan Sya'ban dan malam "Lailatul-qadar", ruh-ruh orang
mukmin diberikan kesempatan turun ke bumi untuk mengunjungi keluarganya.Apabila
ia sampai di rumahnya ia cuma boleh berkata, akan tetapi yang masih hidup tidak
dapat mendengarnya.
"Hai keluargaku,hidupku kini
sangat terasing.Meskipun kamu tidak dapat melihat aku tapi aku dapat melihatmu
dan medengar perkataanmu.Aku tidak memerlukan makan dan minum daripadamu, akan
tetapi yang aku harapkan hanya doamu.Hendaklah kamu ingat pada suatu ketika
kamu pasti akan mengalami seperti aku.Pergunakan masa hidupmu untuk beribadat
dan beramal soleh, berbuat segala kebaikan, itulah yang sangat bermanfaat pada
dirimu.
Oleh kerana itu, jika melihat anak
isterinya rajin beribadat dan tidak lupa mendoakan dia, gembira dia serta
mendoa kepada ALLAH untuk keluarganya.Lalu kembalilah dia pada tempatnya dengan
rasa puas hati.Namun sebaliknya, jika ia melihat keluarganya tidak beribadat
atau melakukan maksiat maka kembalilah dia dengan perasaan kecewa dan sedih.
Oleh kerana itu keluarga yang masih
hidup jangan lupa keluarga yang telah tiada terutamanya bagi anak yang
ibubapanya telah tiada.Rajin-rajinlah
mendoakan ibubapa tiap-tiap hari atau selepas solat 5 waktu, sebagaimana doa
yang ALLAH ajarkan kepada kita di dalam Al-Quran : "Ya ALLAH, ampunilah
aku dan kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka
menjaga aku di waktu kecil”.
Ketahuilah, apabila ibubapa kita telah meninggal dunia, maka segala amal
perbuatan kita ditunjuk oleh malaikat kepada ibubapa kita.Jika amal perbuatan
yang kita lakukan baik, maka ibubapa kita menerima dengan senang hati dan mendoakan
kepada kita.Jika kita melakukan perbuatan kejahatan ibubapa kita akan sedih dan
kecewa.Maka berutunglah ibubapa yang mempunyai anak yang soleh dan selalu
mendoakan kepada dia.
Sama-sama kita renungkan..
Sama-sama kita renungkan..
No comments:
Post a Comment