Adat-Adat Berdoa Dalam Islam.
1. Dengan merendah diri dan suara yang lembut
seperti dijelaskan dalam surah Al-A’raf ayat 55 yang
bermaksud “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”
2. Hati sentiasa ingat akan Allah dan berasa yakin
doa akan dikabulkan. “Berdoalah kepada Allah dan kamu menyakini untuk
dikabulkan, dan ketahuilah olehmu sesungguhnya Allah tidak akan mengabulkan doa
yang keluar dari hati yang lupa dan sunyi (dari mengingati Allah).”
3. Dimulai dengan memuji Allah dan membaca selawat
kepada Nabi s.a.w. “Bersabda Nabi s.a.w.: Apabila salah seorang
daripada kamu sekalian berdoa, maka mulailah dengan membaca Tahmid serta memuji
kepada Allah, kemudian membaca selawat kepada Nabi, baru kemudian berdoa dengan
apa yang dikehendakinya.”
4. Membaca selawat kepada Nabi di tengah dan akhir doa
seperti dinyatakan dalam hadis berikut: “Bersabda Nabi s.a.w.: “Setiap doa
terhalang (tidak dikabulkan) sehingga dibacakan atasnya selawat kepada Nabi s.a.w.”
5. Mengakhiri doa dengan mengaminkannya, biarpun
hanya berdoa sendirian seperti dinyatakan hadis Abu Hurairah r.a.: “Bersabda
Nabi s.a.w: “Apabila salah seorang dari kamu berdoa, maka aminkanlah atas
doanya sendiri.”
6. Mengangkat kedua tangan selama
berdoa. Hadis Abu Daud: “Bersabda Nabi s.a.w.: “ Sesungguhnya Tuhan kamu adalah
Tuhan yang Maha Hidup, Maha Pemurah dan berasa malu kepada hambanya apabila ia
mengangkat kedua tangannya (berdoa) kepada-Nya, kemudian Allah mengembalikannya
(menolaknya) tanpa hasil.”
7. Menyapu muka dengan kedua tapak tangan
selepas berdoa. “Rasulullah s.a.w. apabila mengangkat kedua tangannya dalam
berdoa, tidak akan melepas dan mengembalikannya sehingga menyapu wajahnya
dengan kedua tangannya.”
8. Menadahkan kedua tapak tangan
apabila memohon perkara positif dan menelungkupkan tapak tangan apabila memohon
menolak perkara negatif. “Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila memohon perkara
positif mengadahkan kedua tapak tangannya ke langit, dan apabila memohon
perlindungan dari perkara negatif menelungkupkan kedua tapak tangannya daripada
langit. “
Selamat berdoa!. Moga dimakbulkan Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment