Panduan sebelum tidur:
1. Mengambil wudhuk.
2. Membaca zikir yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Saiditina
Fatimah dan Saidina Ali ketika hendak tidur. Hendaklah bertasbih sebanyak 33
kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 34 kali.
3. Membaca ayat Qursi kemudian menyapu muka serta melurutkan
tangan ke arah kaki sekadar capaian tangan (dilakukan tiga kali).
4. Membaca surah Al-Ikhlas, al-Falaq dan An-Nas dan diikuti
Al-Fatihah.
5. Bermuhasabah di atas dosa-dosa harian yang dilakukan
sepanjang hari lalu memohon ampun kepada Allah dan berazam melakukan perkara
lebih baik pada keesokan harinya.
6. Berdoa kepada Allah dengan berserah diri kepada-Nya.
Antaranya doa yang bermaksud: "Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu aku mati
dan hidup".
7. Mengucap dua kalimah syahadah kerana dikhuatiri malam itu
adalah tidur terakhir bagi kita di dunia ini. Moga-moga kalimah toyyibah itu
menjadi kalimah terakhir dilafaz dalam perjalanan menemui Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment