IBNU ABBAS ra meriwayatkan bahawa Ali Abu Talib berkata
:”Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah SAW bersabda kepadaku,
mengutarakan 13 wasiat khusus untukku:
1.
Hai Ali, takutilah engkau daripada memasuki
tempat mandi tanpa memakai kain separas pinggang.Bahawasanya barang siapa
memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat.
2.
Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin dijari
telunjuk dan dijari tengah.Sesungguhnya itu adalah ape yang dilakukan oleh kaum
Lut.
3.
Hai Ali, sesungguhnya Allah mengkagumi hambanya
yang melafazkan istighfar; “Rabighfirli fainahu Iayaghfirul-zunuba illa
Anta”(Tuahnku ampunilah aku.Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan
engkau) Allah lalu berfirman, “Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini
mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Ku.Hai
malaikat-Ku, jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia”.
4.
Hai Ali, takutilah engkau daripada
berdusta.Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah
sebagai pendusta.Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan
sadiq.Ketahuilah engkau, bahawasanya sidiq (benar) itu berkat dan kazzab
(dusta) itu celaka.
5.
Hai Ali, peliharalah diri engkau daripada
mengumpat dan mengadu.Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke
atasnya siksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
6.
Hai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama
Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan dharurah, dan janganlah
jadikan Allah permainan sumpah engkau, Sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan
tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
7.
Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki
untuk hari esok.Bahawasanya Allah Taala mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
8.
Hai Ali, takutilah engkau daripada
berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah seranah.Bahawasanya
perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhrnya penyesalan.
9.
Hai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek
gigi.Bahawasanya bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai
Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat
tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak
dicolek selepas makan.
10.
Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa
marah.Apabila timbul rasa marah duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai
kekuasaan dan kesabaran Allah Taala keatas hamba-Nya.Pertahankanlah diri engkau
daripada dikuasai oleh kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
11.
Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia allah
yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya
engkau perolehi peruntukan daripada Allah.
12.
Hai Ali, apa yang engkau bencikan juga pada diri
engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau
kasih pada diri engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah
berlaku adil dalam memberi hukuman.Dengan itu engkau dikasihi seluruh isi
langit dan bumi.
13.
Hai Ali, perbaikanlah perhubungan diantara
penduduk (jiran) sekampung dan diantara ahli rumahmu.Hiduplah dengan mereka
sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan
darjat yang tinggi bagi engkau.
Hai Ali, perliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan
perolehi kemenangan dan kelepasan.Insya Allah.
No comments:
Post a Comment