Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal
menghitamkan seluruh kehidupan.Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai
mengubati dan membersihkan hati kita.Kegagalan kita menghidupkan hati akan
dipertanggungjawapkan oleh Allah pada akhirat kelak.
Persoalan sekarang, kenapa hati mati?
Hati mati disebabkan perkara berikut :
1. Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah
iaitu tidak mengambil iktibar dan
pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman,
bermaksud “maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya
daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah.Mereka yang demikian
keadaanya adalah dalam kesesatan yang nyata”
(Surah al-Zumar, ayat
22)
2. Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarya.Kalau tubuh badan boleh mati
kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan buta, malah akan
mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan
muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya
supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati.Gilap dan bersihkannya
dengan cara banyak menginngati Allah (berzikir).
Firman Allah
bermaksud “iaitu orang yang beriman tenteram hati mereka dengan mengingati
Allah.Ketahuilah! dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.”
(Surah al-Ra’ad, ayat
28)
Firman-Nya lagi
bermaksud “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan
sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang
menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik”
(Surah al-Syura, ayat
88-89)
No comments:
Post a Comment