Bekal Akhirat (Perihal Tentang Kematian)






Perihal Tentang Kematian

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengar kecuali jin dan manusia.Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :

“Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirihat daripada seretan malaikat maut”.


Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :

“wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan air dalam keadaan panas.Begitu juga jangan menuangkan dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :

“Demi Allah, wahai orang memandikan jangan engkau mengogosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.


Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihta lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :

“Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu.Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anaku telah menjadi yatim dan janganlah kamu menyakiti mereka.Sesungguhnya pada hari aku telah keluar dari rumanhku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada Jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan :

“Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan anak-anakku, janganlah kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan jangalah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”.

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu mananggung kesalahanku”.
“Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan kedunian.Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.


Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah.Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperlehi nur di muka mereka.Dalam mimpi itu,Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama.Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.


Maka mayat itu menjawab :

“Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman.Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setalah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata :

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka manarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarrik roh dari lutut sehingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut sehingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.

Sambung Rasullulah S.A.W. lagi :

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail a.s. akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya.Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail a.s.

“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail a.s. akan menebarkan sayap sebelah kiri.Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekeliliginya.Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya..


Sama-sama kita renunngkan..

No comments:

Post a Comment