Diceritakan pada zaman dahulu, bahawa seorang lelaki
berjalan-jalan di malam hari, ia melihat sekumpulan tentera sedang memeriksa
jalan, dalam pemikirannya kalau dia berlalu di sekumpulan tentera itu sudah
pasti dia akan dikenakan berjenis macam persoalan, lalu dia lari bersembunyi
dibangunan yang roboh untuk bersembunyi.
Seketika itu, tidak
disangka-sangka sekumpulan tentera datang untuk mengeledah tempat
persembunyianya lalu menemui lelaki tersebut dalam masa yang sama menemukan
seorang yang telah terbunuh.
Jadi lelaki itu
dihadapkan pada hakim, segala bukti mengisyaratkan dialah pembunuhnya, lantas
si lelaki tersebut meminta kepada hakim diberi kesempatan untuk berwuduk dan
bersolat dua rakaat kepada Allah yang maha mengetahui.Hakim memakbulkan
permintaanya dan menangguhkan sidang.Kemudian lelaki tersebut solat dan berdoa
kepada Allah.Didalam doanya iaitu “Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui
bahawa tiada saksi untuku menyatakan tidak kesalahanku, hanya Kau sahaja
saksiku, dan Engkau meminta kepada kami orang beriman untuk tidak merahsiakan
kesaksian, maka aku memohon kepada mu, pada Zat Mu ya Allah”.Lelaki tersebut
benar-benar yakin dengan ketentuan Allah dan hanya Allah sahaja yang dapat
membantunya.
Ketika pembicaraan
bersidang kembali, tiba-tiba seorang lelaki masuk kehadapan hakim, selepas itu
berkata “AKULAH PEMBUNUHNYA”.
Hakim terkejut dan
bertanya kepada lelaki yang baru datang’ mengapa kamu mengaku kamulah
pembunuhnya? Sedangkan tiada seorang pun yang melihat kamu yang membunuhnya? Lali
si pembunuh menjawap, “Demi Allah aku tidak mengakui, tapi ada suara tanpa rupa
menggerakkan lisanku untuk mengucapkan apa yang aku katakana tadi”.
Cerita diatas
menunjukkan mutlakkanya kekuasaan Allah. Jadi Allah Maha Kuasa yang tidak
berkehendakkan apa yang si pembunuh tidak mahu, dan berkehendakkan apa yang si
lelaki mahu.Orang yang terzalim terbebas kerana bersolat dua rakaat seperti mana yang telah diajar oleh
junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.Rasulullah akan bersolat sunat setiap kali
ditimpa persoalan.
Ketika manusia sujud
dihadapan Nya dan bermunajat kepada Nya, maka hanya Dia satu-satunya Maha Kuasa
yang akan Memberi jalan keluar baginya.Ini kerana kita berada dalam gengaman-Nya,
kita berbuat sesuatu mengikut kehendak-Nya, tiada yang dapat membantah hukumNya
dan tiada yang dapat menolak keputusanNya.
Kita harus meyakini
dan mensucikan kembali niat dalam setiap kali kita memohon padaNya dan kita kenalah
banyak sujud dihadapan Nya.Sesungguhnya solat mempunyai peranan yang amat besar
dalam kehidupan seorang muslim, sabda Rasulullah, “yang membezakan umatku
dengan kafir adalah solat”.Inilah satu-satunya fardhu yang difardhukan secara
langsung dari Allah kepada junjungan kita S.A.W. pada malam ISRA’ MIKRAJ.
Sama-sama kita renungkan dan mengambil pengajaran..
No comments:
Post a Comment