Kecintaan Kepada Rasulullah S.A.W.

"Katakanlah (Muhammad).Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"
(Firman Allah dalam Surah Al-imran)


 Pernah seorang sahabat bertanya kepada Nabi S.A.W. "Ya Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai dari diriku sendiri dan anak-anakku.Apabila aku berada di rumah dan teringatkan diri mu, maka tidak tertahan memendam rasa rinduku, sehingga aku datang memandang wajah mu,Tetapi apabila aku teringat kepada kematian, aku merasa sangat sedih keranaaku tahu bahawa engkau pasti akan masuk syurga dab berkumpul bersama-sama dengan Nabi-Nabi yang lain.Sementara aku jika ditakdirkan oleh Allah masuk ke syurga, maka aku bimbang tidakakan dapat melihat wajahmu, kerana sudah pastinya syurgamu berada di darjat yang lebih tinggi daripada syurgaku"

 Apabila mendengar kata-kata sahabat itu Rasulullah hnya membisu sehinggalah Jibrail menurunkan wahyu,
Firman Allah :

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-Nabi, dan orang-orang yang siddiqiin, dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang soleh.Dan amatlah eloknya mereka itumenjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)"
(An-Nisa' ayat 69)

 Maksud Siddiqiin ialah orang-orang yang amat benar keimananya kepada Allah.Bagaimana zahirnya begitu juga batinnya.

 Melalui kisah diatas, maka para ulama membuat kesimpulan bahawa mencintai Rasulullah bukanlah sekadar mengadakan program-program "Sambutan Maulidurrasul" yang biasanya diadakan oleh masyarakat kita di merata-rata masjid ataupun surau, bahkan ianya lebih jauh dari itu.Tetapi dalam ertikata yang sebenarnya mencintai Rasulullah ialah dengan cara kita meng'ITTIBA'kan sunnah Rasulullah didalam kehidupan harian kita.

 Dari segi bahasa ittiba' bermaksud 'Mengikuti atau Mencontohi'.Dari segi syarak pula ittiba' bermaksud 'Mengikuti atau Mencontohi Sunnah Rasulullah'.

 Oleh itu apabila disebut Ittiba' Al-Rasul ianya bermaksud mengikuti atau mencotohi sunnah Rasulullah
dengan sesungguhnya dalam semua kehidupan kita termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan Aqidah, Ibadah, Akhlak, Dakwah, Politik, Syariat, Muamalah dan lain-lain lagi.

 Seseorang pernah bertanya kepada Fudhail bin Iyaadh, "Apakah yang dimaksudkan dengan amalan yang paling ikhlas dan amalan yang paling betul?" Jawabnya "Sesuatu amalan yang dibuat dengan tidak ikhlas tetapi dengan cara yang betul, maka amalan itu tidak akan diterima oleh Allah.Begitu juga sesuatu amalan yang dibuat dengan ikhlas tetapi dengan cara yang tidak betul, maka amalan itu juga tidak akan diterima oleh Allah.
Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah setiap amalan yang dibuat adalah semata-mata kerana Allah. Dan yang dimaksudkan dengan amalan yang betul ialah amalan itu mestilah mengikuti atau mencontohi dari sunnha Rasulullah S.A.W.

 Dari Abu Ayyub katanya, "ketika beliau tinggal di rumahku maka aku berkata kepadanya."Demi ayah dan ibuku, sesungguhnya aku merasa tidak elok jika tinggal diatasmu dan engkau berada di bawahku." Rasulullah bersabda,"lebih mudah bagi kami untuk tinggal di bawah saja, agar memudahkan kami menerima tetamu".

Oleh itu sebagai rasa kecintaan kita kepada Rasulullah, marilah kita sama-sama menghidupkan ataupun menyuburkan kembali Sunnah-sunnah Rasulullah yang telah lama kita abaikan.Kita mulakan dari diri kita sendiri, anak, isteri, kaum kerabat, jiran tetangga, sahabat dan masyarakat umumnya.Tidak lupa juga untuk kita sentiasa berselawat kepada junjungan besar kita tanpa mengira masa dan tempat.Mudah-mudahan kita mendapat syafaat darinya.Maka hayatilah wasiat Rasulullah ini :

 "Dan tidaklah aku tinggalkan kepada kamu dua pekara, yang denganya kamu tidak akan sesat.iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah (pengajaran) ku"

No comments:

Post a Comment