Suffian Al thauri telah menceritakan pada Abu Lith katanya :
Masa aku tawaf, aku berjumpa seorang lelaki, tiap-tiap kali
ia melangkah ia membaca selawat.Aku mempersalahkan perbuatan itu.Lalu aku
memanggil dia dan aku katakana adakah selawat mu lebih besar dari tasbih dan
tahlil? Ya, kata lelaki itu, ini adalah satu rahsia yang tidak diketahui oleh
seorang pun selain dari aku sahaja, iaitu aku bersama dengan bapaku hendak
mengambil haji tetapi malangnya didalam perjalanan bapaku telah sakit, aku melayannya
sehingga dia meninggal dunia.
Alangkah terperanjat
aku takala melihat tubuh mayat bapaku itu berubah sdikit demi sedikit kepada
hitam legam, aku berdukacita tetapi aku syukur di atas pemberian Allah.Di malam
itu manakala aku terlena aku bermimpi seorang lelaki yang sangat baik paras
wajahnya, gilang gemilang, bersih dan wangi baunya dating hamper dan menyapu
muka mayat bapaku yang terlunjr.
Seketika itu jua
bertukar tubuh mayat bapaku itu kepada cantik, takala ia meninggalkan mayat itu
aku pegang bajunya dan bertanya siapakah engkau? Jawapnya akulah Muhammad bin
Abdullah, bapamu seorang yang berdusta tetapi banyak membaca selawat keatas ku.
Sama-sama kita memperbanyakan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
No comments:
Post a Comment