Motivasi Cinta


Apa sebenarnya yang menjadi motivasi cinta? Cinta yang dimaksud adalah cinta kepada sesama.Untuk cinta kepada Allah, saya yakin sudah banyak yang membahasnya.Pada kali ini, saya ingin fokus membahas tentang cinta kepada sesama makhluk, terutama kepada sesama manusia.

 Motivasi cinta begitu kuat.Banyak kes, yang katanya demi cintanya kepada sang kekasih dia rela melakukan apa pun, termasuk bunuh diri.Belum lagi, cuba dengar lagu-lagu tentang cinta yang sering mengatakan bahawa apa pun akan dilakukan demi cinta.

 Dalam filem, sinetrin, lagu dan berbagai budaya lainnya, sering kali cinta begitu diagunkan.Seolah segalanya.Sayangnya, cinta tersebut didominasi oleh cinta kepada lawan jenis.Dalam agama islam, bukanlah dilarang untuk mencintai lawan jenis.Lelaki mencintai wanita dan sebaliknya.Allah memang menciptakan rasa cinta kepada manusia.Kerana cinta adalah anugerah dari Allah, maka cinta harus digunakan sesuai dengan kehendak Allah SWT.Inilah yang seharusnya menjadi motivasi cinta.

 Dari Anas bin Malik ra berkata : Nabi Muhammad S.A.W. bersada : "Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga ia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah ; sehingga ia dilemparkan ke dalam api lebih ia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan darinya; dan sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada selainnya."(Iman Al Bukhari)


Hadis ini memang ditujukan bagi kita yang mahu merasakan manisnya iman.Bukan "manisnya" pelampiasan hawa nafsu.Oleh kerana itu, dalam mencintai seseorang (isteri, suami, anak, orang tua, dan sebagainya) harus kerana Allah seperti yang dikatakan Rasulullah S.A.W. dalam hadis diatas : tidak mencintainya kecuali kerana Allah.Motivasi cinta, harus kerana Allah SWT.

 Jika motivasi cinta kita hanya kerana Allah, maka siapa yang dicintai dan bagaimana cara mencintai harus sesuai dengan ketentuan Allah SWT.Sebesar apa pun cinta anda kepada sesama makhluk, bahkan kepada seorang kekasih yang belum ada ikatan hukum sama sekali dalam pandangan agama.Jangan sampai melebihi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.Salah satunya tidak melanggar perintah Allah dan Rasul-Nya demi cinta kepada kekasihnya.Seperti mendekati zina apatah lagi melakukannya.

 Manusia hidup hanyalah kepada Allah.Itulah motivasi hidup sejati manusia.Termasuk motivasi cinta.Cintai isteri kerana Allah, Cintai suami kerana Allah. Cintai anak, orang tua, adik beradik, dan saudara seAgama kerana Allah.Kerana inilah motivasi cinta sejati.

No comments:

Post a Comment