Iman dan solat sendiri
Jika iman atau yang solat seorang diri terlupa membaca doa
qunut, kemudian teringat setelah dahinya mencecah tempat sujud, maka janganlah
dia kembali berdiri untuk membaca qunut kerana dia telah masuk kepada mengerjakan
fadhu lain iaitu sujud.
Jika dia kembali untuk membaca doa qunut dengan sengaja
sedangkan dia tahu akan hukumnya haram nescaya batallah solatnya.
Tetapi sekiranya dia berdiri untuk membaca doa qunut kerana
terlupa atau jahil akan hukumnya haram maka tidak batal solatnya.Tetapi wajid
dia kembali sujud semula apabila dia teringat atau tahu akan haramnya.
Jika dia teringat yang dia terlupa membaca doa qunut sebelum
meletakan dahinya ke tempat sujud sunat baginya berdiri membaca doa qunut dan
sujud sahwi, sekiranya tunduk itu terhampir had rukuk.Sekiranya tunduknya itu
terlebih kepada had qiyam (berdiri) atau bersamaan dengan had rukuk dan had
qiyam maka tidak perlulah sujud sahwi.
Makmun
Jika sekiranya iman meninggalkan qunut maka sunat bagi makmun
mengikut iman (meninggalkan qunut). Mengikut SHEIKH IBNU HAJAR harus membaca
qunut walaupun iman meninggalkan qunut tetapi dengan syarat jangan tertinggal
makmum dengan dua rukun fe’li.
Tetapi sekiranya iman kembali membaca doa qunut sedangkan
dahinya telah mencecah tempat sujud, maka janganlah makmun itu mengikut iman,
hendaklah dia berniat ‘mufaraqoh’ ataupun menanti iman didalam sujud, tetapi berniat
mufaraqoh adalah terlebih baik.Jika iman kembali membaca doa qunut dengan
sengaja sedangkan dia tahu hukumnya haram maka terbatallah solat iman
tersebut.Tidak harus makmun mengikut iman yang terbatal solatnya dan iman yang
terlupa atau jahil tentang hokum haramnya.
Jika sekiranya makmun meninggalkan doa qunut lalu makmun itu
sujud sedangkan iman sedang membaca doa qunut, dalam keadaan berikut :
a) Jika makmun meninggalkan doa qunut sebab
terlupa, sujud yang dilakukan tidak dikira tetapi wajib baginya kembali berdiri
mengikut iman, sekiranya makmun tidak kembali mengikut iman sedangkan dia tahu
akan hukumnya haram maka batallah solat makmun tersebut.
b) Jika makmun meninggalkan doa qunut dengan
sengaja maka sunat baginya kembali berdiri mengikut iman.
Nota : Doa Qunut tiada muafakat yang menyatakan wajid
berbuat dan tiada muafakat yang menyatakan tidak wajid meninggalkannya.
No comments:
Post a Comment